“Tiada Sebab Dia Larikan Diri..”- Akhirnya Ini Hukuman Bakal Dikenakan Terhadap Kakak Baling Pisau
Johor Bahru: Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kanak-kanak di sini, hari ini atas tuduhan tanpa niat menyebabkan kematian adiknya, minggu lalu. Tertuduh yang berusia 17 tahun 11 bulan itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuhainie Zull Kafli.
Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja berkenaan didakwa menyebabkan kematian adik lelakinya yang berusia 16 tahun yang mana dia tahu perbuatannya mungkin menyebabkan kematian di rumah mereka di Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai di sini, jam 1.50 petang, 19 Oktober lalu.
Anak sulung daripada lima beradik itu didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Kesksaan yang membawa hkuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan yang dijalankan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos mencadangkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, barisan pembelaan yang mewakili tertuduh iaitu peguam Abd Rahim Ali, Jihad Syahida Nadia Zakaria dan Nur Zafirah Norizan memohon jumlah jaminan itu dikurangkan atas alasan tertuduh adalah kanak-kanak.
“Tertuduh adalah seorang kanak-kanak dan tiada sebab dia melarikan diri.
Selain itu, kita mengambil kira juga pendapatan keluarga dan latar belakang persekolahan yang mana pada tahun hadapan, tertuduh akan mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malayaia (STPM),” katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di Balai Polis Gelang Patah setiap sebulan sekali.
Difahamkan, bapa tertuduh membayar ikat jamin berkenaan. Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi laporan bedah siasat pada 5 Disember ini. Pada 19 Oktober lalu, media melaporkan, seorang kakak membaling pisau ke arah adiknya sehingga menyebabkan remaja lelaki itu meninggal dunia.
Dua beradik itu dilaporkan bergaduh akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah, sebelum kakak bertindak membaling pisau ke arah adiknya selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah.
Hasil bedah siasat mengesahkan punca kemtian mangsa disebabkan tuskan hujung pisau pemotong sayur yang terkena pada saluran darah utama (arteri) di bahagian kanan lehernya sekali gus menyebabkan pendarahan yang banyak.
Sumber: Metro
Mengikut kertas pertuduhan, pelajar tingkatan enam itu menyebabkan kematian adik lelakinya yang berusia 16 tahun di rumah mereka di Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai dekat sini pukul 1.50 petang, 19 Oktober lalu. Anak sulung daripada lima beradik itu didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Sementara itu, tertuduh yang diwakili barisan peguam bela Abd. Rahim Ali, Jihad Syahida Nadia Zakaria dan Nur Zafirah Norizan memohon jumlah ikat jamin dikurangkan kerana masih lagi remaja dan tidak ada sebab untuk melarikan diri. “Selain itu, kita mengambil kira juga pendapatan keluarga dan latar belakang persekolahan, iaitu pada tahun depan tertuduh akan menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malayaia (STPM),” kata Abd. Rahim.
Mahkamah menetapkan 5 Disember INI sebagai tarikh sebutan semula kes. Pada 19 Oktober lalu, media melaporkan, seorang pelajar perempuan bertindak membaling pisau dan mengenai leher sebelah kanan adik lelakinya sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak. Dua beradik itu dilaporkan bertengkar disebabkan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.
Post a Comment for "“Tiada Sebab Dia Larikan Diri..”- Akhirnya Ini Hukuman Bakal Dikenakan Terhadap Kakak Baling Pisau"