Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Akui Dirinya Memang Sakit, Caprice Dedahkan Sejak Umur 18 Dia dah Jumpa Pakar Kesihatan

Akui Dirinya Memang Sakit, Caprice Dedahkan Sejak Umur 18 Dia dah Jumpa Pakar Kesihatan


Penyanyi rap sensasi dan aktivis kemanusiaan iaitu Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menerusi satu hantaran di Instagram mendedahkan bahawa dia telah berjumpa dengan pakar psikiatri sejak berusia 18 tahun sehinggalah kini umurnya mencecah 34 tahun.


“Kalau pakar psikiatri keluar surat yang saya tiada HPD, anda (pegawai perubatan) ada 24 jam untuk beri semua orang dalam ruangan komen dalam TikTok panadol (paracetamol) percuma.”


Terdahulu, seorang kaunselor yang dikenali sebagai Haji Mokhtar memberi teguran kepada penyanyi rap, Caprice agar tidak membuka aib orang lain di media sosial.


Menerusi video berdurasi 0:56 saat, Mokhtar meminta Caprice untuk berhenti mencari kesalahan orang lain. Tambahnya, perbuatan memviralkan aib orang lain merupakan perbuatan yang tidak baik dan dimarahi Rasulullah. Ujar Mokhtar lagi, dia tidak membela mana-mana pihak.


“Allah dunia akhir zaman ini. Tak sudah-sudah kita nak cari kesalahan orang dan viralkan biar orang ramai tahu MasyAllah.


Ni pesanan haji untuk Caprice dengan kes PU Azman pula. Haji tak nak bela siapa-siapa. Tak kata PU Azman salah atau betul tetapi Caprice tolonglah, sudah-sudahlah buat kerja macam ni. Rasulullah marah. Tak suka kepada orang yang buka aib sendiri apa lagi aib orang lain. Janganlah.”


Menurut Mokhtar lagi, seandainya perkara yang diviralkan itu tidak betul, maka ia menimbulkan dosa dan fitnah.


“Kalau benda itu tak betul d0sa kita akan berantai-rantai kerana viral kan ke seluruh dunia. Sudah-sudahlah mari ingat m4ti.


Kita jadi orang baik, buat kerja baik tak payah nak jadi pembela agama, pembela bangsa dengan guna kuasa viral dan aibkan orang lain. Ingat m4ti.”


Terdahulu, seorang lelaki yang dipercayai merupakan seorang pengamal perubatan mengeluarkan teori sendiri dengan mendakwa Caprice menghidapi masalah HPD.

Post a Comment for "Akui Dirinya Memang Sakit, Caprice Dedahkan Sejak Umur 18 Dia dah Jumpa Pakar Kesihatan"