Saya Isteri Ke 2 Duduk Rumah Flat Kos Rendah Tp Kak M̷adu Tinggal Rumah Banglo. Sy Nekad Buat Mereka Berpisah
Saya Isteri Ke 2 Duduk Rumah Flat Kos Rendah Tp Kak M̷adu Tinggal Rumah Banglo. Sy Nekad Buat Mereka Berpisah
Semasa kenal suami, dia adalah suami orang tapi mereka tak bahagia kerana 7 tahun berkahwin, isteri pertama suami tidak mampu memberikan zuriat, dan suami mengambil keputusan untuk berkahwin dengan saya diseberang.
Bila kntoi, isteri suami meroyan dan meminta crai, sebab tak mahu bermadu dan suami pun mahu mencraikan dia, tapi bila dalam proses cerrai, isteri pertama didapati mengandung dan mereka rujuk semula. Dan silap saya sebab mengandung dahulu sebelum kawin, tapi saya sudah insaf.
Selepas kami kawin, suami melebihkan isteri pertama, sedangkan dlu suami kata dia tidak bahagia dengan perkahwinan itu, isteri pertama tinggal dirumah banglo besar, kereta honda, bmw sedangkan saya? Hanya pakai kereta axia dan rumah flat sewa kos rendah yang agak usang.
Adil ke buat saya? Saya ada nyatakan kepada suami , saya ini isteri sah dia juga, anak saya adalah anak dia juga, kenapa dia selalu lebihkan isteri pertama?
Nafkah dia beri pada saya rm2k isteri pertama 5k. Adil ke? Tapi suami menyatakan kalau isteri pertama perluukan duit yang banyak. Allahu.. jadi saya tak perluukan duit ke?
Pernah sekali, saya mengamok sebab tak tahan bila suami selalu pergi rumah isteri pertama, seminggu hanya 3 kali je suami dirumah saya itupun asyik2 di call oleh isteri pertama..
Pernah juga saya cakap pada suami kalau isteri pertama nya agak h0doh, gem0k dan hitam.
Tapi suami menampar muka saya. Ya Allah sedihnya saya hanya Allah yang tahu. Saya juga dahagakan kasih sayang suami. Suami selalu abaikan anak saya. Sedangkan ini adalah anak kandung dia..
Oleh sebab suami terlalu berkira, abaikan saya, lebihkan isteri pertama, Sebab terlalu tertekan saya mengambil keputusan untuk berjumpa bom0h untuk membuat mereka berpisah dan Alhamdulillah.
Hubungan mereka mula berantakan dan suami mula lebihkan saya. Dan baru2 ni suami ada cakap. Kalau dia akan craikan isteri pertama dan akan membawa saya dan anak sya tinggal dirumah banglo itu dan semuanya akan menjadi milik saya.
Pengajaran untuk para isteri pertama diluar sana. Jangan terlalu tamak. Sekarang awak sendiri yang rugi. Doakan saya bahagia bersama suami dan anak saya.. terima kasih admin.
Post a Comment for "Saya Isteri Ke 2 Duduk Rumah Flat Kos Rendah Tp Kak M̷adu Tinggal Rumah Banglo. Sy Nekad Buat Mereka Berpisah"