PILU, 2 BERANAK MAUT PERUT ROBEK USUS TERBURAI AKIBAT DIGILIS LORI ðŸ˜
PILU, 2 BERANAK MAUT PERUT ROBEK USUS TERBURAI AKIBAT DIGILIS LORI ðŸ˜
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan ibunya maut digilis lori dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan 4/3a – 6/3a Pusat Bandar Utara berdekatan Pasar Borong Selayang, di sini.
Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, Harisa Kassim, 4, membonceng motosikal Honda NF100 ditunggang ibunya Shahidah Tuaher, 34.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dua beranak itu maut serta-merta di tempat kejadian selepas digilis di bahagian perut.
“Kemalangan berlaku ketika sebuah lori bergerak dari lorong paling kanan di persimpangan lampu isyarat semasa lampu isyarat warna hijau dan menghala ke Jalan 6/3a iaitu simpang di sebelah kanan jalan.
“Tiba-tiba motosikal yang dinaiki mangsa datang dari belakang dan cuba memotong lori berkenaan dari arah kiri jalan.
“Namun motosikal itu bergesel pada bahagian kiri hadapan lori. Akibat kemalangan itu kedua-dua mangsa terjatuh ke bawah tayar kiri lori dan mereka tergilis di bahagian perut,” katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati ibu yang maut itu adalah suri rumah warga Myanmar beragama Islam dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
Beliau berkata, jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.
“Kes diklasifikasi mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987. Pemandu lori berusia 72 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Ujian alkohol dan dadah terhadap pemandu lori didapati negatif,” katanya.
sumber: mysumbermaya
Post a Comment for "PILU, 2 BERANAK MAUT PERUT ROBEK USUS TERBURAI AKIBAT DIGILIS LORI ðŸ˜"