Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SYABAS! COLLAB PDRM DAN POLIS THAILAND UNGKAP KES EJEN KOSMETIK, INI HASILNYA!

SYABAS! COLLAB PDRM DAN POLIS THAILAND UNGKAP KES EJEN KOSMETIK, INI HASILNYA!


Polis Thailand melancarkan operasi bagi mengesan ejen jualan kosmetik yang diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Tumpat, petang Selasa lalu. 

Sumber pihak berkuasa Thailand memaklumkan, pihaknya turut membuat serbuan di sebuah rumah di pinggir Sungai Golok, di sini (Takbai) susulan mendapat maklumat kediaman itu dihuni oleh salah seorang suspek, semalam.

Bagaimanapun katanya, ketika serbuan dilakukan, kediaman terbabit kosong dan operasi akan dilakukan secara berterusan. 

“Operasi mengesan mangsa akan diteruskan lagi berpandukan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Malaysia (Kelantan). 

“Sebarang maklumat yang berkaitan akan disalurkan dari semasa ke semasa. Kita akan membantu mengesan mangsa yang dikatakan di bawa lari ke sini,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian jam 5.10 petang Selasa lalu, mangsa dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini. 

Wanita itu dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand, sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam hari sama di Kampung Kuala Jambu.

Siasatan awal pihak polis mendapati suami kepada mangsa terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah dan polis sudah menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita berusia 35 hingga 47 tahun semalam bagi membantu siasatan.

Post a Comment for "SYABAS! COLLAB PDRM DAN POLIS THAILAND UNGKAP KES EJEN KOSMETIK, INI HASILNYA!"