Kejadian Jumaat Kemarin, 1 Malaysia Terharu Atas Tindakan Remaja Cina Ini Pimpin Warga Emas Ke Masjid Untuk Solat Jumaat
Kejadian Jumaat Kemarin Yang Membanggakan Warganet, Tindakan Remaja Cina Ini Pimpin Warga Emas Ke Masjid Untuk Solat Jumaat Buat Ramai Terharu
Isu-isu perkauman di negara sahaja di seluruh dunia sememangnya satu isu yang agak s3nsitif, tambah-tambah kita di dalam Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang bangsa. Selama ini kita berjaya menjaga keharmonian yang dipertahankan sejak dari dahulu, biasalah sedangkan lidah lagikan terg!git, inikan pula Malaysia yang ada 80 etnik terutamanya di Malaysia Timur.
Di sebalik isu perkauman yang kadang-kadang disebarkan sebenarnya masih ramai yang saling hormat menghormati hingga menjadi kawan baik walaupun berbeza kaum atau agama. Apa yang menarik, menerusi perkongsian gambar oleh rakan Muslimah Al-Falah ii , jelas membuktikan sebenarnya masih ramai yang waras menolak isu perkauman di mana seorang
remaja berbangsa cina telah menolong seorang warga emas melintas jalan untuk ke masjid ketika solat Jumaat. Tindakan remaja berkenaan membuatkan netizen rasa terharu di mana rata-rata menyatakan rasa amat berterima kasih dan memuji tindakan remaja itu.
Dalam ruangan Facebook itu turut menyatakan, “Remaja cina yang saya kagumi, patut dicontohi remaja Islam. Hantar seorang pakcik uzur ke Masjid Al Falah utk solat Jumaat.”
“Bukan saja pimpin tangan pakcik turun dari kereta beliau, malah menggunakan tapak tangan beliau menutup kepala pakcik daripada terkena hujan. Kejadian ini dipercayai berlaku di masjid al falah, subang jaya, selangor.”
Menurut Joshua Lim, “Apa yang melahirkan sikap untuk remaja ini adalah daripada apa yang dia alami dari kecil sampai sekarang …. Keep this. Don’t change. Menurut Sue Jafree dia pernah menghantar pak cik ini ke masjid berkenaan kerana pak cik tersebut mempunya peny4kit asthma menyebabkan dia tidak boleh jalan jauh.
“We are human should be help one another is not race or religions. Hope more peoples do the same as this young guy,” kata Chow Yook May May pula.
Wann S Mehat pula memuji remaja berkenaan dengan berkatan “Well done. His parents raised him well.”
“Kita semua rakyat malaysia. Tak ada beza dari segi kaum atau agama. Walaupun saya cina. Tapi saya cintai negara saya. Saling menolong adalah amalan sebagai seorang manusia teruskan amalan ini. Kita semua rakyat malaysia. Kita patut berkerja bersama sama baru negara akan maju dan tidak dipandang rendah oleh negara lain.
Negara kita berbilang bangsa tetapi rakyat Malaysia adalah rakyat yang paling baik dan murah hati berbanding dengan negara negara yang lain. God bless. Keep the good example, ” kata pengguna Facebook bernama Smile Smile.
Post a Comment for "Kejadian Jumaat Kemarin, 1 Malaysia Terharu Atas Tindakan Remaja Cina Ini Pimpin Warga Emas Ke Masjid Untuk Solat Jumaat"