Bomba berjaya selamatkan kanak-kanak mangsa dera
Bomba berjaya selamatkan kanak-kanak mangsa dera
Bomba selamatkan seorang kanak-kanak lelaki warga tempatan berusia lapan tahun yang terkurung di dalam bilik dipercayai mangsa dera di sebuah kondominium Jalan Cahaya, Ampang hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata kanak-kanak warga tempatan yang dikurung dalam bilik itu cuba melarikan diri melalui tingkap di tingkat empat kondominium berkenaan.
“Kejadian tersebut disedari oleh orang awam dan pengawal keselamatan bertindak memecahkan pintu rumah sebelum ketibaan bomba.
“Kanak-kanak itu telah diselamatkan dan dipercayai didera. Kes telah diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi malam ini.
Post a Comment for "Bomba berjaya selamatkan kanak-kanak mangsa dera"