Wanita luah rasa kecewa duit simpanan RM11,668 lesap dari Public Bank dalam tempoh 2 saat, tiada TAC diterima. Jika semalam kecoh isu wang hilang dari akaun simpanan CIMB bank seorang doktor perubatan, Dr Rafidah, isu yang sama juga terpalit menimpa seorang penyimpan di Public Bank.


Kali ini ia menimpa Lily Natty yang berkongsi luahan hati di fb miliknya Lily Natty Elegance. Bayangkan dalam tempoh 2 saat, dakwanya tiada TAC diperlukan dan dengan hanya dua transaksi iaitu RM5834.08 dan kedua RM5834.08,wang simpanannya terus lesap ke akaun individu bernama MOHAMED AZRI ARBI BIN ABDULLAH yang memiliki akaun di Hong Leong Bank.


Tak tahulah sama ada sekuriti bank yang mudah ditembusi atau scammer yang semakin pintar menyamun duit orang ramai tanpa belas kasihan. Moga pihak berkuasa ada jalan penyelesaian akan hal ini. Bukan senang mencari duit zaman ini dan bukan semua orang senang yang memiliki duit berjuta-juta dalam akaun. Kalau itulah saja simpanannya, ia sesuatu yang sangat perit diterima. Ini kerana dalam kebanyakan kes yang dibaca di media sosial, agak sukar pemiliki mendapatkan semula hak mereka yang sudah hilang.


Baca perkongsiannya :-

Assalamualaikum sahabat , warga FB ..

Wang Natty , berjumlah RM11, 668.16 hilang dalam 2 saat , zero amount yang tinggal dari company current account AGELESS HAVEN RESOURCES . .Langsung tidak ada minta TAC, sms , panggilan atau apa2. saya hilang kepercayaan kepada PUBLIC BANK .MEREKA LANGSUNG TIDAK BERI KERJASAMA SE-OLAHOLAH SAYA LAH YANG BERI TAC NUMBER , sedangkan saya tidak terima langsung sms atau panggilan . simap lepas tangan dan tak bertanggung jawab langsung . Saya tak download any apps.


Saya sudah buat report polis dan juga cyber security Public bank. mereka soal saya macam saya nak scam mereka.
They (public bank confirm it was a scammer and my hp been hacked ) and got advise to to cancel internet banking sebab tidak selamat.


investigation confirmed : transaction were unable recovered as they been withdrawn from the beneficiary account name MOHAMED AZRI ARBI BIN ABDULLAH to HONG LEONG BANK.

AS SUCH WE REGRET FOR THE UNSUCCESFUL RECOVERY OF FUNDS . AND SUSGEST ME TO CHANGE MY PASSWORD, DELETE INTERNET BANKING AND TRANSACTION DO OVER THE COUNTER .


What a reply ???? !!!
2 tahun PKP , hilang punce rezeki saya untuk mengajar , bila dah reda dan mula aktif … habis semua hilang. natty terkejut utk beberapa hari , tiada air mata tapi satu malam lepas maghrib i really break down .


duit kita tak selamat langsung di bank , siapakah yang bertanggung jawab ? siapakah gerangan MOHAMAD AZRI ARBI BIN ABDULLAH ini?


Mohon share supaya Tak berlaku pada ahli keluarga Dan sahabat2 Kita. Sumber : FB Lily Natty Elegance.