Noh Hujan Selamba Catwalk Di KLFW Sambil Pegang Rokok
Umum mengetahui, penyanyi Noh Hujan dan Mizz Nina mengumumkan perceraian mereka pada Ogos lalu dan kini masing-masing membawa haluan sendiri.
Selepas mengumumkan perceraian, Noh tetap meneruskan kerjaya seni seperti biasa. Terbaru, penampilan Noh di pentas KLFW menjadi perhatian ramai.
Menerusi video dikongsikan di aplikasi Tiktok, Noh memperagakan jenamanya Hikari. Namun, apa yang menjadi bualan Noh selama berjalan sambil memegang rokok.
Ketika di awal kemunculan, Noh juga menyebut, ‘kau pergi mampus.. kau mampus’ sambil jari menunding pada penonton yang hadir.
Diruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan Noh itu yang dikatakan tidak wajah dipertontonkan kepada umum.
Menurut netizen, meskipun rokok tersebut tidak dibakar namun ianya kurang sopan. Namun, ada juga netizen mendakwa inilah Noh yang sebenar dan inilah jiwanya.
Sumber: obulan
Post a Comment for "Noh Hujan Selamba Catwalk Di KLFW Sambil Pegang Rokok"