Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kerani dakwa diraba, dicium hampir dirogol pegawai polis

Kerani dakwa diraba, dicium pegawai polis

PDRM

IPOH - Seorang kerani mendakwa dicabul seorang pegawai polis dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sentosa dekat Kampar, pada Jumaat.


Dalam kejadian sekitar jam 10.30 malam itu, mangsa berusia 23 tahun mendakwa lelaki itu telah bertindak meraba dan menciumnya.


Sumber memaklumkan, kejadian berlaku ketika wanita itu menemui pegawai polis berkenaan kerana mahu mengetahui bagaimana lelaki itu mengenalinya.


Lelaki itu yang memperkenalkan diri sebagai polis telah mengajak wanita terbabit menaiki kereta sebelum dibawa ke rumahnya.


"Sampai di rumah lelaki itu, mangsa meminta untuk dihantar pulang, namun suspek secara tiba-tiba menghalang dan menarik wanita itu sebelum meraba dan menciumnya.


"Mangsa berjaya menghalang perbuatan suspek dan telah dihantar pulang. Mangsa yang ketakutan kemudiannya membuat laporan polis," katanya.


Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah.


Mangsa kini dikatakan dalam keadaan trauma dan ketakutan apabila suspek didakwa mengganggunya dengan memintanya menarik semula laporan polis berkenaan.


Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


Menurutnya, lelaki yang didakwa terlibat dalam kejadian itu telah dikenal pasti.


"Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul Kehormatan," katanya.

Post a Comment for "Kerani dakwa diraba, dicium hampir dirogol pegawai polis"