“Kau Tnjuk kuat, Tnjuk Dgn Sy..”- Knda Yusuf Azmi S0und, Kali Ni Sampai Cabar Nak Lawan. Mmg Pedas Ayat Dia..
“Kau Tnjuk kuat, Tnjuk Dgn Sy..”- Knda Yusuf Azmi S0und, Kali Ni Sampai Cabar Nak Lawan. Mmg Pedas Ayat Dia..
Di media sosial hari ini, tular rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki membuat kacau dengan membelasah pelajar tahfiz.
Dapat dilihat seorang lelaki tanpa memakai baju memanggil seorang pelajar keluar. Dia kemudian menengking sebelum menendang dan menampar pelajar itu.
Ustaz menerima empat jahitan di mata kanan dan tangan cedera serta badan lebam selepas diserang lima lelaki di sebuah pusat tahfiz di Jalan Cheneras, di sini, kerana tidak berpuas hati soal pembayaran makanan.
Dalam kejadian jam 5.10 petang semalam, suspek berusia 30-an bersama seorang pelajar tahfiz pergi ke pusat tahfiz itu yang mana tiga orang menyerang mangsa berusia 30-an yang ditugaskan menjaga pusat terbabit.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 6.43 petang yang dibuat oleh seorang pelajar tahfiz berusia 11 tahun yang turut mengalami kecederaan di badan ketika bersama ustaz terbabit.
Menurutnya, punca kejadian akibat tidak puas hati terhadap ustaz berkenaan kerana pembayaran makanan di pusat tahfiz.
“Bertindak atas laporan polis, polis menjalankan beberapa serbuan pada awal pagi tadi di kawasan Damak, Jerantut di mana dua lelaki ditahan manakala tiga lagi masih bebas.
“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau jenayah dadah dan mereka berdua juga positif methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata, suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 kanun sama.
“Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Tiga lagi suspek yang masih bebas sudah dikenal pasti dan usaha mengesan serta menahan mereka sedang dijalankan,” katanya.
Kanda Yusoff Azmi tampil bersuara
“Ko kalau nak jadi samseng pun!!
“Jangan tunjuk samseng dengan budak budak tahfiz dan ustaz..
“kita ni tak kuat, tapi kalau nak try bole juga”
“Pakai Otak sikitlah la.
“Jangan simpan di kaki ko..
“Memang kurang ajar dan biadap!!
“Mohon @pdrmsia_official ambil tindakan dan buat tangkapan dengan kadar segera..
“Tuduh di Mahkamah dengan segera!
Menurut Yusuf Azmi, mungkin terdapat sedikit pegresan antara pelajar Tahfiz di sana
“dalam minit ke 2.28 Kanda Yusuf Azmi mancabar lelaki itu sekiranya berani berhadapan dengan dia..
lihat video:
Tak Puas Hati Pasal Pembayaran Makanan
Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor, punca kejadian akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar tahfiz berkaitan pembayaran makanan di pusat tahfiz tersebut.
“Tiga suspek telah menyerang seorang ustaz dikenali sebagai Muhammad Zulhafiz Mohd Rasid serta seorang pelajar dikenali sebagai Umar Naufal Azman.
“Kejadian menyebabkan Muhammad Zulhafiz mengalami kecederaan di mata sebelah kanan, cedera di tangan dan lebam di badan manakala pelajar tersebut mendapat kecederaan sakit di badan,” katanya.
Ujar Azli kejadian berlaku pada 11 Ogos 2022 kira-kira jam 5.10 petang di Pusat Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah, Kuala Lipis dengan lima suspek bersama seorang pelajar tahfiz telah pergi ke pusat pengajian tersebut.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseks4an kerana meru.suh dan Seksyen 448 Kanun Keseks4an kerana menceroboh.
Dalam video yang tular tersebut turut menunjukkan seorang lelaki memasuki ruang solat tahfiz tersebut dengan memakai kasut.
Susulan kejadian itu, orang ramai menyeru pelaku disiasat dengan segera. Apa-apa pun kita tunggu keterangan penuh daripada pihak polis.
Sumber: metro dan limauais
Post a Comment for "“Kau Tnjuk kuat, Tnjuk Dgn Sy..”- Knda Yusuf Azmi S0und, Kali Ni Sampai Cabar Nak Lawan. Mmg Pedas Ayat Dia.."