Kahwin Dgn Anak Leftenan Kolonel, Jumlah Mas Khwin Pernikahan Pnyanyi Aizat Amdan Jadi Perhatian
Kahwin Dgn Anak Leftenan Kolonel, Jumlah Mas Khwin Pernikahan Pnyanyi Aizat Amdan Jadi Perhatian
Setiap kali diajukan persoalan j.odoh, tiada sebarang jawapan pasti mampu diberi penyanyi dan komposer p.opular, Aizat Amdan, 33, selama ini.
Sebaliknya, penyanyi lagu Hanya Kau Yang Mampu itu tak p.utus berdoa semoga harapan untuk melihatkan mendirikan rumah tangga menjadi kenyataan.
Video ada di bawah sekali..
Nyata, doa yang dipanjatkan Aizat atau nama sebenarnya, Muhammad Aizat Amdan akhirnya dimakbulkan apabila bakal bergelar pengantin dengan pilihan hatinya, Elyssa Alia Ilias, 34
Pasangan yang menjalinkan hubungan cinta sejak tiga tahun lalu itu bakal diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup di sebuah premis acara di Puchong, Selangor, jam 9 pagi.
Sejujurnya, saya juga ragu-ragu untuk membawa hnubungan ke fasa lebih jauh, namun keyakinan ditunjukkan Elyssa bahawa saya layak menjadi suaminya membuatkan hati terbuka melamarnya.
Elyssa sangat berbeza. Personaliti kami juga bertentangan, Elyssa banyak cakap, saya pula pemalu.
Dia umpama kopi buat saya kerana mampu menyalurkan tenaga luar biasa. Malah, Elyssa banyak memberi pendapat dalam banyak perkara dan mengajar saya agar tidak terlalu mementingkan diri.
“Lebih membuatkan saya yakin mahu memperisterikannya disebabkan sifatnya yang mudah mesra dengan keluarga saya,” katanya.
Berkongsi pembikinan lagu Hanya Kita Dua, bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu berkata, lagu ciptaannya beberapa tahun lalu itu dituju buat bakal isterinya.
“Lagu Hanya Kita Dua ini adalah salah satu cara saya meraikan momen indah ini. Disebabkan itu juga lagu ini berentak rancak. Saya mahu berkongsi, betapa gembiranya apabila dikurniakan jodoh yang did.ambakan,” luah Aizat.
Sementara itu, berkongsi alasan menerima penyanyi suara lunak merdu itu sebagai pasangan hidup, Elyssa berkata, dia sangat tertarik dengan sifat budiman dimiliki Aizat.
Aizat bukan sahaja kekasih, malah sahabat baik. Di sisinya, saya tidak perlu berpura-pura menjadi orang lain. Kami berkenalan ketika saya menemubualnya. Waktu itu, saya masih bergelar penyampai radio RAKITA. Selepas itu, saya membantu kerjaya seninya.
Saya tidak begitu mengenali Aizat. Apabila berkawan, saya mencari maklumat mengenai Aizat dalam enjin pencarian G.oogle. Nyata, dia seorang lelaki yang baik.
“Setiap kali d.ating, kami memang suka menikmati makanan. Jika orang tanya kenapa Aizat makin berisi, semuanya salah saya. Walaupun berpmacaran, tetapi kami sangat profesional dalam soal kerjaya,” ujarnya yang kini merangkap pengurus Aizat.
Tepat jam 9.17 pagi, penyanyi popular, Aizat Amdan, 33, sah bergelar suami kepada pasangannya, Elyssa Alia Illias, 34, dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di A-Park, di sini, hari ini.
Jumlah Mas Kahwin
Mereka dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Illias Moideen disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan dengan mas kahwin RM300.
Aizat ketika ditemui berkata, perkahwinan ini adalah permulaan baharu untuk mereka.
“Ini adalah fasa dan permulaan baharu buat kami berdua. Dah lama orang tanya saya soalan mengenai jodoh, jadi inilah jodoh saya,” katanya.
Ditanya mengenai perancangan berbulan madu, Aizat dan Elyssa meyimpan impian untuk ke Tulum, Mexico.
“Saya ada angan-angan untuk membuka studio di tepi pantai, manakala Elyssa pula ada impian untuk membuka sekolah menyelam serta vila di tepi pantai.
“Insya-Allah, November ini saya akan ke Los Angeles atas urusan kerja dan dah alang-alang, akan ke Tulum untuk bercuti,” katanya.
Turut hadir memeriahkan majlis adalah kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga, rakan-rakan dan media.
Pihak pengantin lelaki menghantar tiga dulang hantaran, manakala pengantin perempuan membalas dengan lima dulang. Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Aizat dan Elyssa menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk berkahwin pada Januari, merisik pada Februari dan seterusnya melangkah ke alam perkahwinan.
Sebagai penghargaan, Aizat juga sebelum ini melancarkan lagu berjudul Hanya Kita Dua yang dihasilkan dan didedikasikan buat isterinya.
Sumber: Metro
Apa Pendapat Anda
Post a Comment for "Kahwin Dgn Anak Leftenan Kolonel, Jumlah Mas Khwin Pernikahan Pnyanyi Aizat Amdan Jadi Perhatian"