Bila Dah Berusia, Nikmatilah Hidup, Jangan Susahkan Diri Fikir Anak, Dia Ada Kehidupan Sendiri
Bila Dah Berusia, Nikmatilah Hidup, Jangan Susahkan Diri Fikir Anak, Dia Ada Kehidupan Sendiri
Kita tak selamanya muda dan sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan anak-anak. Sampai masa bila dah berusia kita nak hidup tenang-tenang dan tak perlu banyak fikir hal yang remeh temeh.
Begitulah bila dah berusia, tibalah masa untuk fikirkan diri sendiri dan pasangan saja. Anak-anak biarlah dengan kehidupan mereka.
Kena ingat, bila dah berusia dan umur pun meningkat, kita dan pasangan mahu nikmati hidup dengan lebih tenang bersama keluarga. Tak perlu nak bersusah payah fikir pasal anak sebab mereka ada haluan hidup bersama keluarga juga.
Bila Dah Berusia, Hiduplah Tenang-tenang
Pastinya masa kita berusia, anak-anak sudah berkeluarga dan meninggalkan kita. Kini tiba giliran kita untuk kembali memikirkan tentang diri sendiri. Inilah cara yang boleh kita llaui hidup pada usia emas.
1. Lebih dekatkan diri kepada Allah dan luangkan waktu bersama pasangan kita. Berdoa dan bersyukur kerana salah seorang dari kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yang indah.
2. Akan tiba masanya mahu berjalan ke pintu saja susah, selagi masih berkemampuan, jalan-jalanlah ke beberapa tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran Allah, dengan mengagumi keindahan ciptaanNya.
3. JANGAN SUSAHKAN DIRI MEMIKIRKAN ANAK-ANAK SECARA BERLEBIHAN. MEREKA AKAN MAMPU BERUSAHA SENDIRI. ANAK-ANAK SUDAH DIBERIKAN REZEKI DAN TANGGUNGJAWAB MASING-MASING YANG TIDAK KITA FAHAMI.
4. Adakan pertemuan pertemuan dengan keluarga besar jangan hanya pada saat ada yang sakit atau meninggal baru berkumpul dan luangkan waktu bersama rakan-rakan lama kerana peluang untuk bersama itu akan berkurang dari waktu ke waktu, sesering mungkin jalan-jalan, bersenang-senang dan nikmatilah hidup ini dengan penuh sukacita bersama teman-teman dan keluarga .
5. Terimalah penyakit apa adanya kerana semua sama, kaya atau miskin akan melalui proses yang sama, iaitu : lahir bayi, kanak-kanak, dewasa, tua, sakit dan mati.
Nasihat terbaik,
“Cari kawan yang seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih. Jangan cari kawan yg seperti wang logam : depan lain belakang lain.
Begitulah putaran hidup, kita tak selamanya muda. Sampai masa akan ‘pergi’. Selagi ada peluang, gunalah sebaiknya untuk kebaikan dan keberkatan. Bekalan ke ‘sana’.
Sumber: Owner
Post a Comment for "Bila Dah Berusia, Nikmatilah Hidup, Jangan Susahkan Diri Fikir Anak, Dia Ada Kehidupan Sendiri"